Justin Bieber didenda AS$6,000

0
31


Justin Bieber

RIO DE JANEIRO: Hakim menutup prosiding undang-undang terhadap bintang remaja, Justin Bieber, selepas dia membayar denda AS$6,000 (RM25,000) kerana menconteng dinding sebuah hotel bersejarah pada 2013, kata pegawai mahkamah.

Hakim Rudi Baldi Loewenkron membuat keputusan itu selepas mengesahkan idol pop kelahiran Kanada terbabit sudah pun menyumbangkan jumlah berkenaan kepada Institut Barah Negara Mei lalu, seperti dicadangkan pendakwa raya.

Ketika menetap di bandar raya Rio de Janeiro pada 2013, Bieber yang berusia 19 tahun ketika itu, menconteng dinding Hotel Nacional selepas enggan menghasilkan grafiti di kawasan yang mendapat kebenaran Datuk Bandar atas alasan keselamatan.

Pada lawatan sama, Bieber dirakam muncul berselimut dari sebuah rumah pelacuran terkenal di Rio dan kemudian cuba membawa masuk pelacur ke hotel mewah Copacabana Palace tetapi gagal.

Berang dengan kegagalan itu, remaja itu dilaporkan mengamuk dalam bilik hotelnya, memecahkan pelbagai objek bernilai hampir AS$6,000 (RM25,000) secara keseluruhan.

Bieber dan rombongan akhirnya dihalau dari hotel itu. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here