'Juve bagi Real senyum dulu'

0
174
Advertisement



LOS ANGELES: Pemain gantian Marco Asensio memberi impak segera dengan meledak dua gol pada awal babak kedua dalam kebangkitan Real Madrid membenam Juventus 3-1 pada perlawanan pramusim Piala Juara Antarabangsa sebentar tadi.

Asensio masuk selepas rehat dan menjaringkan gol kurang dua minit kemudian sebelum menambah jaringan pada minit ke-56.

Gareth Bale turut menjaringkan gol untuk juara Eropah itu sekali gus memberi bayangan dia mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Cristiano Ronaldo di barisan serangan Real.

Bale meledak rembatan menakjubkan pada minit ke-39 untuk menyamakan kedudukan selepas Juventus mendahului pada minit ke-12 hasil jaringan sendiri pertahanan Dani Carvajal.

Ia kekalahan pertama buat Juventus sepanjang pramusim dan perlawanan terakhir kelab Itali itu dalam kempen Piala Juara Antarabangsa.

Juventus turun tanpa kelibat pemain baharu mereka, Ronaldo yang tidak menyertai jelajah pramusim di Amerika Syarikat kerana masih belum cergas sepenuhnya selepas kempen Piala Dunia di Russia bersama Portugal.

Selain Ronaldo, Douglas Costa, Paulo Dybala dan Mario Mandzukic juga tidak bersama Juventus dalam siri jelajah itu.

Dalam tiga perlawanan sebelum ini, Juventus menewaskan Bayern Munich, Benfica dan MLS All Stars.

Juara Serie A itu akan memulakan kempen mempertahan kejuaraan di Chievo pada 18 Ogos ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here