'Juve buat kerja gila'

0
23
Advertisement



MILAN: Juara Itali, Juventus mengambil risiko besar dengan mendapatkan Cristiano Ronaldo, menurut Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis.

Bekas penyerang Real Madrid itu melengkapkan perpindahan bernilai 100 juta euro (RM475 juta) dengan menyertai kelab gergasi Itali itu bulan lalu.

Sekalipun Ronaldo dipercayai menerima gaji lebih sedikit berbanding di Sepanyol, Juventus dilaporkan membayar kapten Portugal itu 30 juta euro (RM142.5 juta) setahun sepanjang empat tahun kontrak yang ditandatanganinya.

Jumlah itu jauh lebih banyak daripada apa yang diperoleh pemain terbaik kelab itu ketika ini dengan De Laurentiis percaya gaji sebanyak itu sebagai perjudian buat pemain yang sudah 16 tahun di kancah bola sepak profesional.

“Cristiano sudah berusia,” kata De Laurentiis dipetik berkata dalam akhbar AS.

“Untuk mengekalkan kestabilan, amat berbahaya buat kelab menghabiskan sebegitu banyak wang untuk seorang pemain, lebih-lebih lagi yang menghampiri penghujung kariernya.

“Gajinya sesuatu yang cukup besar buat Juve. Saya tertanya-tanya adakah ia menjadi kejayaan komersial berbanding kejayaan membabitkan sukan.

“Jika anda mula memberikan gaji yang melampau, lambat laun ia akan mula menyusahkan anda.”

De Laurentiis turut mendakwa risiko itu membuatkan beliau menolak tawaran ejen Ronaldo, Jorge Mendes yang terlebih dulu menemuinya sebelum Juventus menyertai rundingan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here