Juventus 'test' ketahanan CR7

0
38
Advertisement



CRISTIANO Ronaldo (CR7) akhirnya merasai ujian awal diperlukan sebelum menjadi pemain kelab gergasi Itali, Juventus.

Dia juga sempat bertemu beberapa rakan sepasukannya di pusat latihan kelab itu di Turin ketika diperlukan untuk menjalani beberapa ujian ketahanan fizikal.

Ronaldo menyertai Juventus dari Real Madrid dengan nilai £100 juta (RM533 juta).

Semua ujian itu dilakukan untuk memastikan tahap kecergasan pemain berusia 33 tahun itu berada pada tahap terbaik sebelum musim baru Serie A bermula.

Bekas pemain Real Madrid itu tiba di Turin, kelmarin sebaik menghabiskan cuti bersama keluarga selepas beraksi bersama Portugal pada Piala Dunia.

Sebahagian penyokong kelab digelar Old Lady itu menyambut ketibaannya di lapangan terbang malah ada yang sempat merakam video detik Ronaldo keluar daripada kapal terbang peribadi bersama anggota keluarga dan pembantunya.

Dia bagaimanapun masih belum bertemu dengan kebanyakan rakan sepasukan lain termasuk pengurus, Massimiliano Allegri yang kini menjalani jelajah latihan pra musim di Amerika Syarikat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here