Kad Link Bike bagi sistem perkongsian basikal di P Pinang

0
45



Semua pengguna sistem perkongsian basikal di Pulau Pinang kini mempunyai pilihan untuk menggunakan Kad Link Bike berbanding muat turun aplikasi mudah alih bagi menggunakan perkhidmatan tersebut.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, pengguna boleh memilih untuk mendaftar atau menambah nilai dalam kad melalui kad kredit atau tunai di pejabat Link Bike di George Town, dan ia sangat ringkas dan mudah digunakan sebaik sahaja selesai pendaftaran.

“Ia adalah kemudahan tambahan yang baik bagi mereka yang memilih menggunakan kad berbanding aplikasi…hanya sentuhkan kad pada dok dan anda boleh mula menunggang basikal.

Sistem perkongsian basikal ini merupakan perkhidmatan pengangkutan awam yang menyediakan pengangkutan perhentian-ke-perhentian untuk perjalanan jarak dekat sekitar Pulau Pinang, dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membelanjakan RM1.85 juta bagi projek hijau ini,” katanya pada sidang media di George Town, hari ini.

Pengguna sistem dibenarkan untuk menggunakan basikal di mana-mana lokasi stesen basikal layan diri dalam rangkaian dan memulangkannya pada mana-mana stesen basikal yang berhampiran, katanya.

Sejak dilancarkan Januari lalu, dengan 250 basikal dan 22 stesen basikal, ia mencatat 8,583 penunggang setakat ini.

-Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here