Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

0
101
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil hari ini berikutan operasi BNM bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional susut kepada RM25.66 bilion daripada RM29.73 bilion sebelum ini manakala sistem Islam susut kepada RM9.60 bilion daripada RM12.90 bilion.

Terdahulu, BNM menjalankan dua tender pasaran wang konvensional dan dua tender Qard.

Pada 4 petang, bank pusat itu menjalankan tender pasaran wang konvensional RM24.70 bilion dan tender pasaran wang Qard RM9.60 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman berada pada 3.19 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 3.26 peratus, 3.30 peratus dan 3.35 peratus.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here