Kadar jangka pendek kekal kukuh susulan operasi BNM

0
462
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dijangka pada RM34.23 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam, RM15.65 bilion.

Bank pusat itu akan melaksanakan tiga tender pasaran wang lelongan matang RM3 bilion untuk tempoh tujuh hari, RM2 bilion bagi 14 hari dan RM2 bilion untuk 21 hari selain Program Komoditi Murabahah RM500 juta untuk 32 hari.

BNM akan turut menjalankan tiga tender Qard RM1.4 bilion bagi tujuh hari, RM600 juta untuk 14 hari dan RM800 juta bagi 21 hari.

Pada 4 petang, bank pusat itu akan melaksanakan tender konvensional semalaman sehingga RM27.2 bilion dan Qard RM12.4 bilion.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here