Kadar OPR kekal pada 3.0 peratus – BNM

0
45

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini  memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR)   pada tiga peratus.

Bank Pusat itu telah mengekalkan kadar sama sejak 13 Julai 2016.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetarinya (MPC), BNM berkata keputusan dibuat berikutan  ekonomi negara diunjur berkembang lebih pantas dari yang disasarkan.

Menurut BNM, pasaran kewangan domestik terus meningkat, ringgit semakin mengukuh sekaligus mencerminkan asas ekonomi negara semakin baik.

Ekonomi negara merekodkan pertumbuhan lebih tinggi dalam suku kedua 2017, dipacu aktiviti domestik dan eksport yang teguh.

Bergerak ke hadapan, ia berkata prospek pertumbuhan akan disokong oleh tinjauan pertumbuhan global lebih positif serta limpahan lebih kukuh daripada sektor luaran kepada ekonomi domestik.

Katanya lagi, permintaan domestik akan kekal sebagai perangsang utama pertumbuhan, disokong oleh pendapatan dan keadaan pasaan buruh yang semakin baik.

Faktor lain termasuk  projek infrastuktur baru dan sedia serta pelaburan modal berterusan oleh syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Secara keseluruhan, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2017 adalah lebih kukuh berbanding sasaran awal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here