Kajol enggan beri komen mengenai filem Padmavati

0
6

PELAKON Bollywood, Kajol, mengambil langkah lebih diplomatik dan enggan memberi komen mengenai filem kontroversi Padmavati.

Kajol tidak memberi sebarang komen ketika diasak dengan soalan mengenai Sanjay Leela Bhansali dan ekspresi kreatif dalam industri filem dalam sebuah majlis.

”Sebagai seorang pelakon mereka harus bebas berlakon dalam filem pilihan mereka,” ulasnya ringkas.

Tambahnya, masyarakat kini lebih menerima kepelbagaian dalam industri filem dan ini memberi pelakon kebebasan untuk mencuba watak yang berbeza.

Kajol, terkenal dengan lakonannya dalam ‘Kuch Kuch Hota Hai’, ‘Kabie Kushi Kabie Gham’, Dilwale, Dilwale Dulhania Le Jayenge dan pelbagai filem yang lain juga terkenal sebagai seorang aktres yang terbuka memberi pandangannya dalam pelbagai isu.

BACA: Sembilan rahsia sempena 19 tahun usia filem Kuch Kuch Hota Hai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here