Kaki tersangkut dalam mulut beruang

0
83
Advertisement



Santa Fe (New Mexico): Pemburu sempat menembak mati beruang menyerangnya namun kakinya pula tersangkut di dalam mulut haiwan terbabit beberapa jam sebelum ia berjaya dikeluarkan.

Dalam kejadian di Raton, New Mexico, Bridger Petrini, 36, membawa beberapa ekor anjingnya berjalan sebelum terserempak dengan haiwan seberat kira-kira 181 kilogram itu.

Haiwan ganas itu menyerangnya hingga kedua-duanya berguling hingga ke bawah bukit sebelum dia mengeluarkan pistol dan menembak mati beruang itu.

Malangnya, haiwan itu mati dalam keadaan rahangnya melekat pada betis Petrini menyebabkan dia terpaksa mendapatkan bantuan anggota penyelamat mengerat kepala beruang terbabit.

Situasi itu dikatakan mencabar kemampuan anggota penyelamat Jabatan Bomba Raton, jabatan perikanan dan haiwan liar negeri memandangkan mereka perlu memotongnya terlebih dulu menggunakan gergaji sebelum kaki mangsa dapat dikeluarkan.

Petrini yang dikejarkan ke Hospital Universiti New Mexico selepas itu menerima lebih 200 jahitan akibat kecederaan dialaminya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here