'Kalau pergi show juga, saya culik dia' – Fairuz gurau manja dengan Wany Hasrita

0
417
Advertisement

BEKAS anggota kumpulan Q-Face, Fairuz Selamat meminta peminat mendoakan penyanyi Wany Hasrita yang dijangkiti virus Influenza B agar dapat sembuh segera.
 
Fairuz membuat permintaan itu menerusi akaun Instagramnya pada Ahad.
 
Kata Fairuz, dia mahukan Wany berehat buat seketika daripada melakukan persembahan kerana keadaannya tidak mengizinkan. BACA: Dijangkiti Influenza B, Wany Hasrita dikuarantin di hospital
 
“Alhamdulillah Wany okay. Suara dia tak ubah macam mesin tebu. Kalian semua doakan dia sihat tau. Kesian dia.
 
“Show banyak tapi sakit. Tapi saya pastikan dia warded seminggu dua. Biar betul-betul rehat. Kalau dia pergi show jugak. Saya bergegas ke sana. Saya culik dia sewenang-wenangnya!
 
“Get well soon Wany. Cepat sihat naa. Durian tak dapat lagi ni!”
guraunya.
 
Posting itu disertakan dengan fotonya bersama Wany yang sedang tersenyum.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here