Kami Bercinta – Meghan Markle dedah hubungan dengan Putera Harry

0
46
PELAKON yang popular menerusi drama bersiri Suit, Meghan Markle, 36, mendedahkan dia kini sedang bercinta dengan Putera Harry.

Hubungan yang telah bermula sejak tahun lalu itu pada mulanya dirahsiakan daripada pengetahuan umum sehingga khabar angin mula diperkatakan umum pada November tahun lalu.

“Kami sedang bercinta. Saya pasti akan sampai masanya untuk kami mendedahkan tentang hubungan ini dan berkongsi kepada semua.

“Kami sangat gembira dan secara personalnya, ia sebuah kisah cinta yang hebat,” katanya kepada majalah Vanity Fair edisi Oktober 2017.

Pelakon wanita kelahiran California, Amerika Syarikat itu dipertemukan dengan Putera Harry di London oleh kenalan rapat mereka pada Julai tahun lalu.

“Kemudian kami bercinta secara diam-diam selama enam bulan sehingga ia menjadi buah mulut pada November tahun lepas,” tambahnya.

Putera Harry merupakan cucunda kepada Permaisuri Elizabeth II dan anakanda kedua Putera Charles dengan Puteri Diana.

Sementara itu, dedah tabloid antarabangsa, Meghan yang berdarah kacukan kulit hitam itu pernah berkahwin pada tahun 2011 bersama seorang sutradara filem Amerika Syarikat namun bercerai dua tahun kemudian.

“Orang yang dekat dengan saya sahaja tahu siapa saya,” jelasnya mengulas tentang perkara terbabit.

Foto Vanity Fair
Foto Vanity Fair
Foto Vanity Fair

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Daily Mail
Foto: Vanity Fair

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here