'Kami dah puas pujuk bapa'

0
56



Kuantan: “Bukan kami abaikan dia. Kami puas pujuk dia tinggal dengan kami, tapi dia tidak mahu. Adakah ini salah kami?”

Itu luahan anak lelaki gelandangan berkaki satu, Mohd Radzuan Che Mat, 56, yang enggan dikenali.

Kisah Mohd Radzuan menjadikan padang bola sepak, di sini, sebagai ‘rumahnya’ disiarkan Harian Metro, kelmarin.

Anaknya berkata, dia banyak kali memujuk bapanya tinggal bersama, sebaliknya lelaki itu rela memilih hidup di ‘jalanan’.

“Saya sedih kerana orang awam mengecam kami dan menuduh kami tidak bertanggungjawab, walhal kami sudah memujuk dia tinggal dengan kami,” katanya di Kompleks Penyayang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampung Tiram, di sini, selepas dihubungi pihak JKM berhubung masalah bapanya.

Difahamkan, Mohd Radzuan yang mempunyai empat anak adalah bekas kakitangan sebuah bank.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

SHARE
Previous articleHati tenang di Ipoh
Next articleLembik kena keroyok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here