'Kami diserang, dipukul teruk…'

0
91
Advertisement



TIGA bintang Portugal yang kini berada di Russia untuk saingan Piala Dunia sudah memberitahu kelab mereka, Sporting bahawa mereka akan menamatkan kontrak, kata kelab itu hari ini.

Tindakan itu adalah sebahagian daripada masalah yang melanda selepas pemain Lisbon diserang dan ada kes mereka dipukul teruk di pusat latihan sendiri oleh 50 penyerang yang memakai topeng pada pertengahan Mei.

William Carvalho, Gelson Martins dan Bruno Fernandes masing-masing menghantar mesej berasingan kepada kelab yang lebih dikenali sebagai Sporting Lisbon, menyatakan mereka ada ‘motif yang jelas’ untuk melepaskan diri dari kontrak.

Pemain lain yang memakai jersi hijau dan putih Sporting juga sudah memaklumkan kepada kelab mengenai niat mereka untuk meninggalkan kelab itu termasuk kapten dan penjaga gol, Rui Patricio dan pemain muda berbakat, Daniel Podence.

Jurulatih kelab itu, Jorge Jesus juga meletak jawatan.

Seramai 20 orang ditahan berikutan serangan ke atss pangkalan latihan Sporting dekat Alcochete, Lisbon.

Insiden berkenaan berlaku menjelang final Piala Portugal yang menyaksikan Sporting tewas 2-1 kepada Aves yang melengkapkan musim buruk kelab itu.

Sporting menamatkan saingan di tangga ketiga liga selepas kekalahan kepada Maritimo pada perlawanan terakhir dan terlepas saingan kelayakan ke Liga Juara-Juara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here