Kami layak digelar 'singa'

0
401
Advertisement



MOSCOW: Croatia beraksi bagaikan singa untuk mengalahkan England sekali gus layak ke perlawanan akhir Piala Dunia sebentar tadi, kata penyerang Mario Mandzukic selepas menjaringkan gol kemenangan manakala jurulatih Zlatko Dalic menyifatkan persembahan itu sebagai fantasi.

Ini satu keajaiban. Hanya pasukan hebat boleh seberani kami dan bangkit daripada ketinggalan satu gol menentang pasukan seperti England,” kata Mandzukic, pasukannya akan berdepan Perancis pada final Ahad ini sesudah menang 2-1 selepas masa tambahan.

Kami bermain sepenuh hati sepanjang kejohanan ini. Saya gembira dengan persembahan saya setakat ini tapi saya berada di sini bersama pasukan. Kami seperti singa di luar sana malam ini dan ia sama juga bagi final.”

Dalic, yang dilantik Oktober lalu, beberapa hari sebelum aksi terakhir peringkat kelayakan menentang Ukraine berkata, banyak lagi akan ditampilkan pasukannya.

Kami berhak ke final,” katanya.

Apa yang anak buah saya lakukan malam ini adalah fantasi, mereka melakar sejarah. Kami belum memuktamadkan kata-kata, masih ada satu perlawanan perlu ditempuhi. Dengan izin Tuhan, kami akan menjadi juara dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here