Kami masih aktif, cuma kurang popular seperti dulu – Sheila On 7

0
54
Advertisement

KUMPULAN Sheila On 7 (SO7) akui masih aktif mengadakan persembahan meskipun nama mereka kurang popular seperti dahulu.

Mewakili SO7, Erros berkata mereka masih bersama dan sering mendapat undangan nyanyian setiap bulan.

“Alhamdulillah, setelah 22 tahun bersama kami masih aktif melakukan persembahan di seluruh Indonesia setiap bulan.

“Dalam sebulan kami akan menerima lebih kurang 12 hingga 13 undangan nyanyian.

“Saya tidak nafikan bahawa nama kami tidak popular seperti dulu namun bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

“Sekarang kami adalah kumpulan Indie yang bergerak sendiri tanpa bernaung dengan mana-mana label. 

“Kami rasa sudah tiba masa untuk cuba mengurus sendiri dan telah tahu tentang selok belok industri,” katanya kepada Astro Gempak.

Erros berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur 2018, di GTower Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur 2018 akan diadakan di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall pada 10 Februari depan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket boleh layari laman web www.myticket.asia dengan harga RM 315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (silver). 

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here