'Kami nak tengok bola…'

0
354
Advertisement



BANDUAN yang menghuni penjara Argentina melancarkan mogok lapar untuk mendesak pihak berkuasa membaiki semula sistem TV kabel bagi membolehkan mereka menyaksikan perlawanan Piala Dunia.

“Kabel televisyen adalah hak untuk semua orang yang merdeka,” jelas satu kenyataan daripada sembilan banduan di penjara Puerto Madryn, kira-kira 1,300 kilometer dari selatan Buenos Aires.

“Ia sudah tidak berfungsi selama tiga hari. Dan kami membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang makanan sehingga masalah ini diselesaikan.

Sembilan banduan berkenaan juga sudah memfailkan tindakan undang-undang bagi mempertahankan hak mereka. Sistem kabel yang diletakkan di kawasan banduan berkumpul di penjara itu sudah rosak baru-baru ini dan tidak dibaiki semula.

Argentina akan berdepan Iceland pada Sabtu ini di Moscow dalam aksi pembukaan Piala Dunia. 

Kejohanan itu bakal bermula dengan pasukan tuan rumah menentang Arab Saudi malam esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Jun 2018 @ 8:58 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here