'Kami sedia kembali sertai Liga Super'

0
339
Advertisement



KUCHING: Saingan Piala Malaysia 2018 disifatkan sebagai penentu tahap kesediaan skuad FELDA United sebelum beraksi di Liga Super musim depan.

Pengendali FELDA United, B Sathianathan berkata, saingan merebut piala tertua Asia itu menjadi cabaran utama kepada anak buahnya sebelum melangkah ke liga paling elit negara.

“Kita akan bersaing di Piala Malaysia terlebih dulu, selepas itu baru kita dapat menilai sama ada kita bersedia atau tidak… itu yang penting,” katanya.

Beliau ditemui selepas tamat perlawanan menentang Sarawak di Stadium Negeri, Petra Jaya hari ini.

Dalam perlawanan itu, FELDA United menang 3-1 sekali gus dinobatkan sebagai juara Liga Perdana 2018 meskipun masih berbaki dua perlawanan.

Mengulas soal prestasi pasukannya sepanjang musim ini, Sathianathan berpuas hati namun tidak menafikan FELDA United berdepan cabaran getir daripada pasukan Liga Perdana.

“Ia adalah perkara biasa, apabila kita bermain sebagai pasukan pilihan, kita akan ditentang dengan sengit kerana semua pasukan mahu mengalahkan kita,” katanya.

Mengenai aksi bertemu Sarawak, Sathianathan pantas memuji anak buahnya yang berusaha keras bagi memastikan kemenangan.

Katanya, tuan rumah tidak memberi laluan mudah sambil pemainnya pula terpaksa beraksi dengan perlahan kerana faktor cuaca yang agak panas.

“Saya perlu ucapkan tahniah kepada pemain yang bekerja keras untuk berada pada tahap ini (juara).

“Ini kerana apa yang kita janji dengan pengurusan untuk menjadi juara sudah tercapai,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here