Kami sudah sedia!

0
286
Advertisement



DUA jaringan kapten Robert Lewandowski diikuti gol Dawid Kownacki dan Jakub Blaszczykowski memberikan Poland kemenangan 4-0 mengatasi Lithuania pada perlawanan pra Piala Dunia terakhir di Warsaw awal pagi tadi.

Poland mendahului selepas 19 minit apabila bintang Bayern Munich itu yang bersedia untuk penampilan pertama di Piala Dunia, menamatkan gerakan dengan cubaan tepat.

Pemain berusia 29 tahun itu menggandakan jaringan selepas setengah jam menerusi sepakan percuma kerana kekasaran terhadap rakan sepasukan Arkadiusz Milik. 

Sepakan Lewandowski terkena palang dan membias keluar tetapi pengadil diberitahu menerusi teknologi garisan gol bahawa bola sudah melepasi garisan.

Jurulatih Poland, Adam Nawalka memberikan tonggaknya itu rehat selepas babak pertama, namun pasukan itu terus menjaringkan gol. 

Pemain Sampdoria, Kownacki menemui gawang selepas mendapat hantaran rakan kelabnya, Bartosz Bereszynski pada minit ke-71.

Blaszczykowski melengkapkan kemenangan 10 minit kemudian apabila dia menyempurnakan penalti selepas Video Bantuan Pengadil menunjukkan pemain Lithuania, Algis Jankauskas memegang bola dalam kawasan penalti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here