Kami tunggu masa bedah bibir anak – Lan Solo

0
192
Advertisement
UMUM mengetahui mengenai berita kelahiran anak keempat penyanyi yang kini dikenali dengan nama Lan Solo yang menghadapi masalah sumbing.

Ramai memuji tindakan Lan dan isterinya yang tidak ‘menyorokkan’ kekurangan anak perempuan ketiga mereka itu sejak dari dalam kandungan lagi.

Mengulas mengenai isu terbabit, isteri Lan Solo, Nur Sheila Hassim, 33, tidak melihat status suaminya sebagai selebriti, menjadi penghalang buatnya berkongsi apa sahaja yang dirasakan perlu.

Menurut Sheila, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, juga tidak menghalangnya berkongsi perihal anak-anak di laman sosial.

BACA: ‘Walaupun sumbing tetap comel’ – Lan Solo kongsi wajah anak

Foto Instagram
“Siapa kenal Lan tahulah dia macam mana. Saya dan Lan tidak kisah untuk berkongsi mengenai hal anak-anak di laman sosial.

“Cuma bezanya, Instagram Lan lebih kepada perkembangan seninya, manakala Instagram saya pula, saya kongsikan apa sahaja yang terlintas di kepala.

“Kami dapat tahu anak menghadapi masalah sumbing ketika usia kandungan 27 minggu. Pada usia kandungan 30 minggu barulah saya berkongsi hal itu di laman sosial.

“Niat saya bukan untuk meraih simpati, tetapi saya mahu berkongsi cerita dan mendapat pendapat dari orang lain.

“Alhamdulillah ramai yang memberi kata-kata semangat, ada juga yang sharing pengalaman mereka dan bila diukur balik dengan nasib orang lain, saya kira lebih bertuah kerana Lan masih berada di sisi saya dan keluarga juga sangat menyokong,” katanya kepada Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here