Kanak-kanak curi bertih jagung Putera Harry jadi tumpuan

0
57
Advertisement
MEMANG mencuit hati! Gelagat seorang kanak-kanak perempuan ‘mencuri’ bertih jagung dari tangan Putera Harry minggu lepas ketika perlawanan bola tampar antara United Kingdom dan Denmark mendapat perhatian netizen.

Aksi melucukan itu telah dimuatnaik di saluran YouTube The Royal Family Channel dan sehingga kini sudah ditonton lebih 15 juta kali dan mendapat lebih 7,000 komen.

Emily Henson, 2 tahun, dilihat dengan selambanya mengambil bertih jagung dari pegangan Putera Harry yang sedang leka berbual-bual dengan kapten pasukan Invictus Games United Kingdom, Dave Henson di sebelahnya.

Emily ketika itu sedang berdiri di riba ibunya, Hayley Henson, yang duduk sebelah kanan Putera Harry.

Setelah aksi Emily diperhati, Putera Harry membuat ekspresi muka melucukan kepada Emily.

Ramai yang memuji keletah Putera Harry dan Emily lantas menyifatkan beliau sudah bersedia untuk menjadi seorang bapa yang penyayang.

“Dia akan menjadi seorang bapa yang sangat mengambil berat dan penyayang,” tulis Angeliquelovely di ruang komen YouTube.



Untuk rekod, kemunculan Putera Harry ke acara sukan Invictus Games di Toronto, Kanada, pada minggu lalu merupakan kemunculan sulung beliau bersama kekasihnya, Meghan Markle di hadapan khalayak umum.


Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Youtube The Royal Family Channel

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here