Kanak-kanak ganti gadis litar di F1

0
112
Advertisement

JIKA sebelum ini wanita secara tradisinya menjadi ‘penyeri’ dalam litar sukan permotoran terunggul Formula 1, tetapi kini kanak-kanak dilihat mengambil peranan mereka sebagai ‘pencetus inspirasi’ untuk menghiasi acara F1.

Pembaharuan yang dilihat itu menyaksikan kanak-kanak litar akan mengambil alih peranan gadis litar dalam F1 mulai musim baharu akan datang.

Malah pemilihan kanak-kanak ini terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman bertanding dalam perlumbaan go-kart untuk berdiri bersama-sama dengan pemandu sebelum acara bermula.

“Kanak-kanak litar berpeluang untuk berdiri bersama-sama dengan wira F1 dan bakal mengikut jejak langkah idola mereka dalam sukan permotoran akan datang,” ujar Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Jean Todt.

Pengumuman yang diadakan pada Isnin lepas secara langsung menghentikan amalan penggunaan wanita dalam grid sebelum perlumbaan dan di podium yang sekian lama diamalkan.

Penghentian amalan penggunaan wanita tidak lagi bersesuaian dengan nilai-nilai F1 serta norma masyarakat pada masa kini.

Inisiatif terbaru itu dilaksanakan atas usaha bersama oleh badan pentadbiran FIA dan Liberty Media, penganjur sukan F1.

Musim baru F1 akan bermula pada 25 Mac di Grand Prix Australia bertempat di Melbourne.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here