Kanak-kanak lima tahun koma tercampak dari 'inflatable bouncer'

0
87



GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun kini terlantar koma sejak seminggu lalu selepas terjatuh ketika bermain permainan ‘inflatable bouncer’ di kediamannya di Persiaran Sungai Gelugor, George Town, Ahad lalu.

Akibat kejadian itu, Syarul Ariel Rifqi Mohd Azriq mengalami kecederaan di kepala dan terpaksa melalui dua kali pembedahan bagi membuang darah beku di bahagian kiri dan kanan kepalanya.

Ibu kanak-kanak itu, Norsyaliza Yahaya, 32, anak bongsu dari dua beradik itu terjatuh dari ketinggian mencecah 10 meter dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang.

Menceritakan peristiwa itu, Norsyaliza berkata dia mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk bapanya dan menyewa peralatan permainan untuk kanak-kanak itu daripada sebuah syarikat katering di Kulim, Kedah.

Menurutnya, permainan itu dipasang di hadapan rumah mereka oleh pekerja katering pada petang hari kejadian apabila anak lelakinya bersama sepupu bermain peralatan gelongsor itu.

“Peralatan itu dipasang terbalik. Apabila beberapa orang kanak-kanak naik ke atasnya, sekali gus ia jadi tak stabil,” kata Norsyaliza.

Berikutan kejadian itu, mereka membawa Ariel Rifqi ke hospital untuk rawatan sebelum doktor memaklumkan perlu melakukan pembedahan segera bagi membuang darah beku di kepalanya.

Katanya, selepas pembedahan di bahagian kanan kepala anaknya selesai, doktor kemudian memaklumkan terdapat masalah lain di bahagian kiri kepala mangsa menyebabkan satu lagi pembedahan terpaksa dilakukan.

Kata Norsyaliza, beliau kesal apabila alat permainan itu dipasang tanpa mengikut piawaian ditetapkan kerana tidak diikat dengan tali sekali gus menyebabkannya mudah terbalik.

Katanya, satu laporan polis turut dibuat selepas kejadian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here