Kanak-kanak penghidap kanser sempat peluk adik baharu sebelum meninggal dunia

0
65
Advertisement

SEORANG kanak-kanak sembilan tahun yang menghidap kanser sempat ‘membantu’ memberikan nama kepada adik bongsu perempuannya sebelum meninggal dunia.

Malah, kanak-kanak yang dikenali sebagai Bailey Cooper dari Bristol yang menghidap kanser Non-Hodgkin’s lymphoma itu juga sempat menitipkan mesej kepada ibu bapanya bahawa mereka hanya dibenarkan menangis 20 minit sahaja.

Bailey yang menghidap kanser itu sejak 15 bulan lalu kuat semangat sekali gus ‘berjuang’ untuk hidup demi melihat dan memangku adik perempuan baharunya.

Ibunya, Rachel, 28 melahirkan bayi perempuan pada November sebelum Bailey menamakan adiknya itu dengan nama Millie.

Malah, ibu bapanya, Lee dan Rachel memegang erat jari Bailey ketika dia menghembuskan nafas terakhir selain kanak-kank itu tidak lekang daripada senyum ketika menjalani diagnosis tahun lalu.

Rachel menambah, dia dan ahli keluarga tidak menyangka anaknya itu mampu bertahan dan bertemu Millie.

“Saya melahirkan Millie pada hujung November dan Bailey melakukan apa yang sepatutnya abang sulung lakukan selain memeluk Millie,” katanya seperti dipetik portal Dailymail pada Sabtu.

Keluarga itu juga mengetahui Bailey tidak dapat bertahan tetapi meminta kanak-kanak itu menyenaraikan hadiah sempena perayaan Krismas.

Mengetahui dirinya akan meninggal dunia, Bailey juga membuat permintaan terakhir supaya ahli keluarga dan pihak yang datang ke majlis pengebumiannya memakai pakaian adiwira.

Lebih menyedihkan Lee dan Rachel apabila Bailey sempat menitip mesej terakhir kepada pasangan itu bahawa mereka dibenarkan menangis untuk tempoh 20 minit selain menjaga kedua-dua adiknya, Riley dan Millie.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here