Kante, Alli pilihan profesional EPL

0
73



London: Pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan oleh Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) England.

Pencapaian itu membuka lembaran baru pemain terbabit yang memulakan karier beraksi dalam Liga Bawahan (Liga Enam) Perancis beberapa tahun lalu.

Pemain tengah antarabangsa Perancis berusia 26 tahun itu menyertai Chelsea daripada kelab juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Leicester City sebelum saingan musim ini bermula.

Ia pencapaian keempat pemain berasal dari Perancis selepas Eric Cantona, David Ginola dan pemenang dua kali, Thierry Henry.

Kante mengenepikan cabaran rakan sepasukan Chelsea Eden Hazard, penyerang Tottenham Hotspur Harry Kane, penjaring terbanyak Manchester United Zlatan Ibrahimovic, penyerang Everton Romelu Lukaku dan pemain handalan Arsenal Alexis Sanchez.

Pemain tengah Tottenham Dele Alli, 21, dipilih Pemain Muda Terbaik PFA untuk kali kedua berturut turut ketika Spurs masih berharap untuk menjulang gelaran EPL pertama sejak 1961.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here