Kanu cari pengalaman Sukan Asia

0
449
Advertisement



KUALA LUMPUR: Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) yang menghantar seramai 52 atlet dan pegawai ke temasya Sukan Asia, di Indonesia pada Ogos ini berharap dapat memberikan pendedahan tertinggi buat atletnya.

Setiausaha Kehormat MASCA, Mohd Hisyam Sah Nuddin berkata, pihaknya turut mensasarkan sekurangnya-kurangnya mara ke final dalam acara bot tradisional lelaki selain daripada disiplin slalom yang boleh membuat kejutan walaupun masih muda. 

“Misi persatuan kanu adalah untuk memberi pendedahan tertinggi kepada atlet di dalam tiga disipilin iaitu slalom, bot tradisional dan kanu polo iaitu acara demonstrasi,” kata Mohd Hisyam selepas pertemuan dengan Chef de Mission (CDM) Kontinjen Malaysia Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi di Wisma OCM hari ini.

“Acara demonstrasi akan diadakan pada Sukan Olimpik 2024 di Perancis dan akan dilangsungkan di Sukan Asia empat tahun akan datang.

“Skuad kanu adalah skuad muda dengan lingkungan umur atlet adalah 20 hingga 23 tahun dan kita melihat prospek pingat pada masa akan datang.”

Menurut Mohd Hisyam, tidak banyak kejohanan besar dapat disertai atlet sepanjang empat tahun kebelakangan ini malah ia turut tidak dipertandingkan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Sudah terlalu lama sukan kanu tidak dipertandingkan di kejohanan besar. Jadi kami akan menggunakan sepenuhnya peluang di Sukan Asia kerana ia adalah butang permulaan untuk kami kembali ke arus sukan tanah air.

“Sasaran final adalah memadai tetapi jika mendapat pingat adalah satu bonus. Kami tidak mahu letakkan sasaran terlalu tinggi kerana tahu keupayaan atlet dan ini untuk pembangunan skuad muda,” katanya.

Sukan Asia di Jakarta dan Palembang, Indonesia dijadual berlangsung pada 18 Ogos hingga 2 September ini.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here