Kanye West kata 'perhambaan' adalah satu pilihan

0
52
Advertisement

PENYANYI rap antarabangsa, Kanye West yang sebelum ini dikritik hebat kerana menyokong Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai.

Suami kepada bintang realiti televisyen, Kim Kardashian itu dilaporkan membuat kenyataan dalam satu temubual bersama portal hiburan TMZ bahawa ‘perhambaan’ adalah satu pilihan.

Bagaimanapun, West dalam tweet terbarunya mempertahankan kenyataannya yang mendakwa ia telah disalah ertikan.

Dalam satu rantaian tweet yang panjang, West berkata maksud kenyataannya adalah dia mahu agar mentaliti perhambaan dihentikan, walaupun ia pernah terjadi lebih 400 tahun dahulu.

Setiap orang katanya perlu memandang isu itu dari aspek yang berbeza meskipun ia telah diperjuangkan berkurun lamanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here