Kapal pencarian MH370 'hilang', muncul selepas tiga hari

0
87
Advertisement
MISTERI kehilangan kapal pencari Malaysia Airlines MH370, Seabed Constructor yang dilaporkan ‘hilang’ selama tiga hari dilaporkan dikesan semula apabila ia berlabuh di Henderson, Perth awal pagi tadi.

Kapal berkenaan dilaporkan tidak dikesan oleh radar selepas Sistem Identifikasi Automatik (AIS) kapal itu didakwa ‘dipadamkan’ seperti yang dilaporkan di dalam portal ABC News hari ini,

Namun, pengendali kapal berkenaan yang berpangkalan di Texas , Amerika Syarikat enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

Portal itu melaporkan kapal ‘Seabed Constructor’ itu berkemungkinan berhenti buat sementara waktu untuk melakukan proses membaik pulih sebelum kembali meneruskan pencarian.

Tindakan kapal itu ‘memadamkan’ sistem pengesanan satelit dan hilang dalam tempoh tiga hari bermula daripada 1 hingga 4 Februari lalu telah menimbulkan pelbagai kekeliruan dan tanda tanya dalam kalangan pemerhati industri penerbangan sejak kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines itu pada tahun 2014.

Memetik laporan portal The Guardian, spekulasi timbul menyatakan kapal itu telah menemui pesawat MH370 tetapi sengaja mematikan sistem pengesan untuk merahsiakan lokasinya sehingga kerajaan Malaysia memberikan pembayaran. 

Profesor sistem elektronik dan radio di Universiti of London, David Stupples, dilaporkan berkata insiden seumpama MH 370 mungkin akan berlaku lagi pada masa hadapan.

Beliau merujuk kepada undang-undang baharu iaitu setiap kapal terbang perlu menyiarkan lokasi kapal terbang mereka setiap satu minit menjelang 2021.

Namun, beliau menjangkakan akan ada sejumlah kapal terbang yang tidak memasang sistem pengesan berkenaan sebelum tahun 2040 seperti yang dilaporkan dalam portal dailymail.uk.

BACA: Dakwaan penemuan baharu MH370 bakal terjawab esok?

Pada bulan Januari 2018, kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan syarikat penerokaan dasar laut, Ocean Infinity Limited bagi membongkar misteri kehilangan pesawat MH370.

Kerajaan Malaysia tidak menerima berita mengenai penemuan bangkai pesawat berkenaan pada minggu pertama dan kedua pencarian.

Astro AWANI
Kapal Seabed Constructor memulakan pencarian pada 15 Januari lalu dan misi itu turut disertai dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Ia atas dasar ‘tidak jumpa, tiada bayaran’ atau ‘no cure no fee basis’

Sekiranya penemuan baharu berlaku, jumlah bayaran dipersetujui yang ditanggung kerajaan Malaysia sepenuhnya adalah tertakluk kepada kawasan penemuan: USD20 juta (RM60 juta) untuk lingkungan 5,000 kilometer persegi, USD30 juta (RM90 juta) untuk lingkungan 10,000 kilometer persegi seterusnya, USD50 juta (RM150 juta) untuk lagi 10,000 kilometer persegi dan USD70 juta (RM210 juta) sekiranya penemuan di kawasan melepasi lingkungan 25,000 kilometer persegi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here