Kapal tangki Iran tenggelam, 32 kru dipercayai mati

0
111
Advertisement

BEIJING: Sebuah kapal tangki minyak Iran tenggelam selepas terbakar selama lebih seminggu susulan perlanggaran pada 6 Jan lalu di Laut China Timur, menurut laporan media China pada Ahad.

Sejumlah besar minyak yang tumpah dilaporkan sedang terbakar di perairan sekitarnya.

Kapal tangki bernama Sanchi itu, yang hanyut dan terbakar selepas kemalangan dengan kapal pengangkut CF Crystal, “tiba-tiba menyala” pada sekitar tengah hari waktu tempatan, menurut China Central Television (CCTV).

“Pada masa ini, ia telah tenggelam,” kata CCTV, memetik pusat pencarian dan penyelamat maritim Shanghai.

Ia menyiarkan video yang menunjukkan asap hitam menjulang tinggi, dikatakan mencapai setinggi 1,000 meter dan api yang kelihatan di permukaan air.

BACA: Sanchi masih terbakar di Laut China

Kapal itu tenggelam sebelum pukul 5 petang waktu tempatan, stesen televisyen itu berkata.

Pasukan penyelamat China pada Sabtu menemui dua mayat dari kapal tangki itu.

Satu mayat lagi, dipercayai salah seorang kelasi Sanchi, dijumpai pada Isnin dan dibawa ke Shanghai untuk dikenal pasti.

Anak kapal Sanchi terdiri daripada 30 warga Iran dan dua warga Bangladesh.

Pihak berkuasa Iran berkata, baki 29 anak kapal dan penumpang kapal tangki itu dianggap terkorban dalam insiden itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here