Kapal tentera laut AS berlanggar dengan kapal Singapura

0
19

SINGAPURA: Kapal pemusnah milik tentera laut Amerika Syarikat berlanggar dengan sebuah kapal dagang milik Singapura.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Isnin di Selat Melaka dengan 10 kelasi kapal Amerika dilaporkan hilang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan tentera laut Amerika, kapal USS John S. McCain berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC.

Kapal pemusnah terbabit dikatakan cuba mengubah laluan ke pelabuhan Singapura sebelum berlanggar dengan kapal dagang itu.

Kapal John S. McCain mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang kapal dan pasukan mencari dan menyelamat sudah dikerah ke tempat kejadian bagi mengesan kelasi yang hilang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here