Kasihannya, As'ad Motawh jatuh pentas 'runway'

0
117
Advertisement

KETERUJAAN penyanyi muda As’ad Motawh membuat persembahan tarian Green Alien Dance bertukar tragedi apabila dia terpelecok dan terjatuh ketika di tengah-tengah pentas.

Kejadian berlaku pada malam pertunjukan fesyen Primavalet di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.

As’ad yang menyarung sepersalinan baju Melayu merah lengkap bersampin keluar sambil menari lagu yang sedang viral itu.

BACA: Insiden memalukan di Indonesia: “Saya tak pasti itu sabotaj” – As’ad Motawh

BACA: “Beri peluang budak-budak baru nak up” – As’ad Motawh

Malangnya, setibanya di tengah-tengah pentas, penyanyi itu gagal mengawal keadaan dan terjatuh di tengah-tengah barisan selebriti lain.

Kejadian itu juga membuatkan barisan selebriti lain seperti Nabila Razali, Farah Nabilah, Amyra Rosli dan Elfira Loy kaget.

Alif Satar menjadi selebriti pertama yang membantu As’ad untuk bangun dan memapahnya untuk duduk semula di kerusinya di tepi pentas.

“This was so funny. Thank you Alif Satar for being such a nice person!” tulis As’ad di entri Instagramnya bersama sepotong video detik memalukan itu.

Perkongsian itu mendapat simpati daripada netizen dan mendoakan kesejahteraan penyanyi yang popular dengan lagu Senyum itu.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto & video: @asad.motawh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here