Kawasan diplomatik Kabul berdarah

0
27



SEKURANG-KURANGNYA 40 orang terbunuh atau cedera apabila satu letupan kuat berlaku di kawasan diplomatik di ibu negara Afghanistan ini, hari ini.

Jurucakap kementerian dalam negeri, Najib Danish berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah kematian dan punca letupan.

Seorang jurucakap kementerian kesihatan berkata, lebih 60 orang yang cedera, kebanyakannya orang awam, dihantar ke hospital sekitar Kabul.

“Jumlah mangsa yang terbunuh belum diketahui,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mei 2017 @ 1:53 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here