Kazuo Hirai undur diri, Kenichiro Yoshida bakal terajui Sony Corp. berkuatkuasa 1 April 2018

0
53
Advertisement

TOKYO: Kazuo Hirai, 57 tahun mengumumkan pengunduran dirinya dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Sony berkuatkuasa Mac 2018.

Peralihan tugas  kelak menyaksikan Kenichiro Yoshida jmenadi individu baharu menerajui syarikat elektronik gergasi Jepun, Sony Corp secara rasmi pada 1 April 2018.

Istimewanya, bukan sahaja berperanan sebagai Ketua Pegawai Ekskutif, Yoshida juga memikul tugas sebagai Presiden.

Bagaimanapun, Hirai tetap berada dalam carta organisasi, sebagai pengerusi manakala jawatan lama yang pernah disandang Yoshida pula dilepaskan kepada Hiroki Totoki.

Tiga teras utama jadi penentu kepada pemilihan Yoshida, 54 tahun.

Kepercayaan, keyakinan dan kreadibiliti yang dipamerkan Yoshida membuatkan Hirai tidak teragak-agak menyerahkan tanggungjawab besar kepada orang kanannya itu.

Hirai akui  pengalaman mengemudi Sony Corp sejak 2012 sudah cukup besar dan bermakna sepanjang kariernya.

Jelasnya, peluang perlu diberikan kepada semua pihak supaya individu baharu ini boleh merasakan pengalaman baharu untuk memikul tanggungjawab dengan penuh rasa dedikasi.

Kejayaan manis yang pernah direkodkan dua sosok paling berpengaruh ini tidak lain tidak bukan, revolusi komputeri peribadi Vaio dan PlayStation 4 yang jelas raih keuntungan luar biasa buat Sony Corp.

Mana tidaknya, 60 juta lebih unit PlayStation 4 terjual pada hari pertama pelancarannya.

Mahu mengekalkan teknik pengurusan yang pernah dipraktikkan Hirai, Yoshida berjanji akan terus membawa nama Sony Corp terus gah di mata dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here