KDN pertimbang haramkan buku dimiliki Siti Nor Aishah

0
89



KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mempertimbang untuk mengharamkan beberapa buku yang dimiliki Siti Nor Aishah Atam yang dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam atas kesalahan memiliki 12 buku yang mempromosi fahaman militan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata KDN sehingga kini masih belum mengharamkan buku-buku tersebut kerana ia bukan untuk edaran awam.

“Soalnya buku itu diharamkan untuk pengedaran awam. Sekiranya buku itu tidak diedarkan secara awam, itu KDN belum ambil tindakan.

“Memang boleh diharamkan, tapi selalunya yang diharamkan adalah buku-buku yang dijual di kedai-kedai dan edaran awam,” kata Nur Jazlan.

Beliau ditemui selepas merasmikan kempen “#blackoutbumisakit: Bersama Selebriti Selamatkan Dunia” di ibu negara.

Ia merupakan program kempen anjuran Genesis bersama artis tempatan untuk menyemai sikap cintakan alam sekitar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here