Ke Melaka pulak kita…

0
95
Advertisement



 

MELAKA: Melaka bakal menjadi venue perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan Malaysia dan Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, di sini, pada 16 Oktober depan.

Aksi perlawanan kelas A itu antara persiapan penting buat skuad negara bimbingan jurulatih Tan Cheng Hoe menjelang Kejohanan AFF Suzuki 2018 pada November depan.

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, berkata  skuad berkenaan dijangka tiba di negeri ini pada 14 Oktober dan sempat menjalani latihan di venue terbabit pada 15 Oktober, sebelum perlawanan.

Katanya, kehadiran pasukan Kyrgyzstan juga memberi peluang kepada peminat bola sepak di selatan tanah air untuk menyaksikan perlawanan berkenaan.

 “Melaka pernah menjadi tuan rumah perlawanan antarabangsa pada Mac 2016 membabitkan skuad kebangsaan berdepan Macau yang mendapat sambutan hangat peminat.

“Kali ini, kita jangka sambutan juga amat baik, terutama penyokong dari Negeri Sembilan, Johor dan Singapura tambahan Malaysia berjaya menewaskan Fiji 1-0 pada aksi di Kuala Lumpur minggu lalu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Noor Azman Rahman berkata, mesyuarat EXCO persatuan minggu lalu bersetuju menerima cadangan FAM untuk perlawanan berkenaan diadakan di Melaka.

Beliau berkata, perlawanan di luar Lembah Klang itu membuka ruang luas buat penyokong menyaksikan perlawanan antarabangsa,terutama dalam kalangan peminat cilik yang terlepas aksi berdepan Fiji di Cheras minggu lalu.

Selepas Fiji, skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Taiwan pada 7 September, Kemboja (11 September ), Sri Lanka (12 Oktober ), Kyrgyzstan (16 Oktober) dan Maldives (3 November).

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here