Kebakaran hospital di Korea Selatan; angka korban meningkat

0
14
Advertisement

ANGKA korban dalam kejadian kebakaran Hospital Sejong di Miryang Korea Selatan meningkat kepada 41 orang manakala lebih 70 cedera dengan lapan daripadanya kritikal.

Kebakaran itu disifatkan yang terburuk di Korea Selatan dalam tempoh kurang sedekad.

Kebakaran dikatakan bermula di wad kecemasan jantung hospital.

Dianggarkan 200 pesakit selamat dipindahkan.

Agensi media tempatan melaporkan sebahagian besar mereka yang meninggal dunia akibat terhidu asap tebal.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here