Kebakaran hospital Korea Selatan: 33 maut, 70 cedera

0
38
Advertisement

MIRYANG: Sekurang-kurangnya 33 orang maut manakala lebih 70 yang lain cedera dalam satu kebakaran melibatkan Hospital Sejong di Miryang, Korea Selatan, pada Jumaat.

Kejadian yang berlaku jam 7.30 pagi waktu tempatan itu dipercayai berpunca dari wad kecemasan di tingkat satu bangunan yang ketika itu menempatkan kira-kira 100 orang pesakit.

Api yang merebak dengan cepat itu berjaya dipadamkan dalam masa 1 jam 40 minit.

Punca kebakaran masih belum di kenalpasti.

Presiden Moon Jae-In dilaporkan telah memanggil satu mesyuarat tergempar berhubung insiden itu bagi membincangkan langkah yang perlu diambil susulan kebakaran itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here