Kebakaran hospital Korea Selatan: 41 maut, 70 cedera

0
122
Advertisement
MIRYANG: Sekurang-kurangnya 41 maut manakala lebih 70 yang lain cedera dalam satu kebakaran melibatkan Hospital Sejong di Miryang, Korea Selatan, pada Jumaat.

Kejadian yang berlaku jam 7.30 pagi waktu tempatan itu dipercayai berpunca dari wad kecemasan di tingkat satu bangunan yang ketika itu menempatkan kira-kira 100 orang pesakit.

Api yang merebak dengan cepat itu berjaya dipadamkan dalam masa 1 jam 40 minit.

Punca kebakaran masih belum dikenalpasti.

Miryang terletak kira-kira 270km tenggara Seoul, ibu kota Korea Selatan.

Ketua balai bomba Miryang, Choi Man-woo berkata, pihaknya berjaya membawa keluar kira-kira 200 orang dari bangunan yang terbakar dan sebuah rumah penjagaan yang terletak di belakang hospital itu.

Kebanyakan daripada yang maut berada di tingkat satu dan dua hospital, tambahnya.

Presiden Moon Jae-In dilaporkan telah memanggil satu mesyuarat tergempar berhubung insiden itu bagi membincangkan langkah yang perlu diambil susulan kebakaran itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here