Kebakaran Pasar Camden Lock London terkawal

0
10


LONDON: Pasukan bomba mengesahkan mereka berjaya mengawal kebakaran di sebuah bangunan dekat Pasar Camden Lock di sini.

Pasukan Bomba London dalam mesej di Twitter, berkata: “Api kini berjaya dikawal tetapi anggota kami akan terus berada di sini hingga pagi”.

Menurut laporan awal pihak bomba, tingkat pertama, kedua dan ketiga serta bumbung bangunan hangus terbakar dalam kejadian itu.

Lebih 70 anggota bomba dan 10 jentera bomba dikerahkan ke tempat kejadian.

Punca kebakaran masih belum diketahui dan tiada sebarang kecederaan atau korban dilaporkan.

Pasar Camden London pernah terbakar pada 2008 membabitkan bahagian penyimpanan dan kedai serta memusnahkan beberapa rumah bersebelahan.

Berikutan itu, sebahagian besar kawasan pasar terbabit terpaksa ditutup selama beberapa bulan.

Pada Jun lalu, sekurang-kurangnya 80 orang terkorban dalam kebakaran dahsyat di bangunan setinggi 24 tingkat Menara Grenfell di London.

Perdana Menteri Theresa May kemudian memberitahu bahawa 120 bangunan tinggi lain di sini turut gagal ujian kebakaran. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here