Kebal tanpa tewas

0
27



Kuantan: Pengalaman menjadi kelebihan buat 1 Matra VC untuk mengungguli kategori perempuan Kejohanan Bola Tampar Terbuka Universiti Malaysia Pahang (UMP)-Mizuno 2017 selepas menewaskan SA VC dari Kuala Lumpur 2-0 di Kompleks Sukan UMP Gambang, baru-baru ini.

Di final, pasukan dari Melaka itu menjinakkan SA VC 25-18, 25-14 dalam masa 45 minit untuk membawa pulang RM1,000, medal dan hamper.

Selaku naib juara, SA VC menerima RM700, Coral C dari Kuantan ketiga (RM500) manakala EL VC dari Kuala Lumpur keempat (RM300). Kesemua pasukan turut menerima medal serta hamper.

Ketua pasukan 1 Matra VC Nur Zakiratul Syima Mohd Sharin berkata, semangat dan persefahaman baik dalam kalangan pemain menjadi kelebihan untuk mereka muncul juara selepas melalui enam perlawanan peringkat kumpulan tanpa tewas.

Menurutnya, kejayaan di kejohanan UMP-Mizuno itu diharap menjadi landasan kepada pemain untuk melakar lebih banyak kejuaraan terutama membabitkan kejohanan jemputan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP Abd Rahman Safie. Sebanyak 16 pasukan tempatan dan luar negeri menyertai kejohanan tiga hari itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here