Kebangkitan pasukan dari Asia

0
256
Advertisement



HONG KONG: Pasukan dari Asia tidak diletakkan harapan tinggi untuk melakukan impak di Piala Dunia namun dengan rekod kutipan mata dan prestasi mengagumkan ketika menentang pasukan gergasi, harapan ke atas mereka kini mula meningkat untuk kejohanan seterusnya di Qatar 2022.

Kejayaan Korea Selatan menumpaskan juara bertahan Jerman 2-0 mungkin boleh dijadikan contoh selain Jepun yang tewas tipis di tangan Belgium pada aksi 16 terbaik selepas itu.

Iran juga hampir mengecewakan juara Eropah, Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo sekali gus memberi bayangan betapa pasukan kerdil kini mampu berdiri setanding dengan kuasa tradisi bola sepak ternama.

Apapun, tiada pasukan di bawah naungan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mara ke suku akhir seterusnya penantian kecemerlangan dilakar pada Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan berpanjangan.

Namun, Jepun, Korea Selatan dan Iran pulang dari Russia dengan bangga dan membawa jangkaan positif untuk kempen di Qatar 2022 – kembalinya kejohanan terulung itu ke jajahan AFC buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

“Negara di bawah AFC boleh mengambil dorongan hebat daripada Piala Dunia tahun ini,” kata penulis majalah FourFourTwo, Andy Jackson.

“Mereka boleh memandang ke hadapan untuk 2022 dan tuan rumah AFC di Qatar dengan harapan menjadi salah satu negara yang mampu membuat kejutan ke atas pasukan ternama seperti yang berlaku di Russia.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here