Kebas barang hotel untuk lengkapkan rumah

0
179
Advertisement



Surabaya: Pasangan kekasih ditangkap polis kerana mencuri barangan di beberapa hotel dengan alasan mahu mencukupkan kelengkapan rumah apabila berkahwin tidak lama lagi.

Lelaki berusia 38 tahun dan teman wanitanya, 34, ditangkap di Bojonegoro, dekat sini selepas beberapa pemilik hotel membuat laporan mengenai kecurian barangan di bilik hotel.

Jurucakap polis Bojonegoro, Ary Fadli berkata, pasangan berkenaan pada mulanya menginap di Hotel Aston di Bojonegoro pada 9 Ogos lalu dan mendaftar keluar sehari selepas itu.

Bagaimanapun, ketika mendaftar keluar pihak pengurusan hotel mendapati beberapa barangan di dalam bilik hilang.

“Ketika cuba diperiksa, pasangan berkenaan terus melarikan diri dengan semua kereta tetapi berjaya ditangkap oleh anggota keselamatan hotel,” katanya.

“Pemeriksaan lanjut, mendapati pasangan berkenaan mencuri barangan milik hotel antaranya dua bantal, tuala, unit pemanas air, gelas dan selimut yang bernilai kira-kira Rp11 juta (RM3,094),” katanya dipetik JawaPos.com.

Menurutnya, siasatan lanjut turut mendapati suspek turut mempunyai kaitan dengan beberapa kes kecurian barangan dan perabot di beberapa hotel di wilayah itu.

“Suspek memberitahu mereka akan berkahwin tidak lama lagi tetapi tiada wang untuk membeli perabot dan kelengkapan rumah menyebabkan mereka mencuri barangan di hotel itu,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here