Kebenaran kini terbukti – Ezlynn

0
14

KEMELUT rumah tangga penyanyi Ezlynn bakal berakhir apabila suaminya, Adam Fahmy me­nyatakan persetujuan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah semalam.

Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye itu kemudian menerusi laman Instagram (IG) memberitahu seolah-olah lega dengan keputusan tersebut.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik Ezlyn turut bersyukur kerana akhirnya semua orang sudah tahu kebenarannya.

Berikut kapsyen penuh yang ditulisnya:

“Yeay…done.. good day indeed…Alhamdulilah finally everyone knows the true now…”

Mahkamah mene­tapkan 21 Ogos ini untuk sebutan semula kes mereka.

Terdahulu Ezlyn telah memfailkan permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Januari lalu. 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here