Kebuntuan politik Jerman berakhir, rundingan penubuhan pakatan berjaya

0
126
Advertisement

KEBUNTUAN politik Jerman selama beberapa bulan bakal terungkai apabila parti pimpinan Canselor Angela Merkel, parti Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) bersetuju menubuhkan pakatan dengan parti haluan kiri tengah, parti Sosial Demokrat (SPD).

Rundingan berjaya memuktamadkan pembahagian portfolio menteri-menteri, salah satu halangan terakhir ke arah menubuhkan kerajaan.

Ia mungkin menamatkan krisis empat bulan sejak pilihan raya September lalu.

Persetujuan penubuhan pakatan ini bagaimanapun masih perlu mendapat kelulusan anggota SPD.

Ramai berpendapat penubuhan pakatan dengan CDU bakal menyebabkan parti SPD berdepan masalah dalam jangka masa panjang.

Namun Merkel mempertahankan keputusan penubuhan pakatan itu sebagai asas untuk kerajaan yang stabil.

Sementara itu, pemimpin SPD, Martin Schulz mengucapkan terima kasih atas kesudian CDU berkompromi.

Persetujuan menyaksikan SPD bakal menguasai enam kementerian, termasuk portfolio kewangan dan portfolio dalam negeri.

Schulz juga mengesahkan akan berundur sebagai pemimpin SPD Mac depan untuk membolehkannya memegang jawatan menteri.

Beliau bakal digantikan bekas Menteri Hubungan Sosial dan Buruh, Andrea Nahles.

Sejumlah 460,000 ribu anggota parti SPD akan memuktamadkan persetujuan mereka terhadap penubuhan pakatan ini.

Undian akan dijalankan menerusi pos, dengan keputusan bakal diumum pada 2 Mac.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here