Kecewa dipoligami, isteri pertama Opick fail cerai

0
305
Advertisement

ISTERI pertama penyanyi Opick, Dian Rositaningrum, dilaporkan memfailkan cerai kepada suaminya setelah hampir 16 tahun hidup bersama.

Menurut laporan WowKeren.com, keputusan itu dilakukan selepas Dian dan Opick kini tidak lagi tinggal sebumbung kerana kecewa dengan keputusan suaminya berpoligami tanpa izin.

“Dian berasa sangat sedih kerana Opick berpoligami tanpa izinnya namun kini dia sudah menerima kenyataan bahawa suaminya mempunyai seorang isteri muda.

“Mereka sudah tidak tinggal serumah dan dia tekad ingin memohon cerai dengan Opick selepas kecewa dengan keputusan yang dilakukan oleh suaminya itu.

“Dian juga memberitahu bahawa tidak mampu untuk meneruskan hubungan dengan suaminya dan menganggap perpisahan adalah jalan terbaik bagi dirinya,” kata pengacara Ina Rachman yang juga merupakan teman baik Dian.

BACA: Curang di Facebook, WhatsApp antara punca perceraian

BACA: Gila! Cerai isteri demi kahwini anak perempuan sendiri

Tambah Ina Rachman, dalam permohonan cerai itu Dian turut membuat beberapa permintaan namun permintaan tersebut tidak didedahkan. 

Diana dan Opick telah berkahwin pada 15 Julai 2002 dan dikurniakan enam orang anak.

Sumber: WowKeren.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here