Kecewa rumah macam 'kandang itik'

0
374
Advertisement



Port Dickson: “Saya berharap sangat kediaman ini siap sebelum Aidilfitri namun lihat keadaannya. Ia kini seperti kandang itik,” kata peniaga, Norazah Mohamed Akhtar, 37, yang mendakwa kerugian lebih RM340,000 apabila rumahnya di Bandar Springhill, di sini, yang dibaik pulih gagal disiapkan kontraktor.

Norazah berkata, harapannya berhari raya di rumah baru punah apabila kontraktor dilantik tidak menyiapkan kerja.

Menurutnya, rumah itu terbakar Jun tahun lalu sebelum kerja baik pulih dijalankan empat bulan kemudian.

“Saya mengenali kontraktor terbabit menerusi Facebook (FB) dan sudah membayar RM343,170 membabitkan kerja membaiki kabinet dapur, jeriji pintu dan tingkap,” katanya.

Menurut Norazah, kontraktor berusia 37 tahun itu berjanji menyiapkan kerja baik pulih kediaman Februari lalu, namun gagal melakukannya hingga kini.

“Saya membayar lebih RM300,000 namun kualiti rumah tidak mencapai apa yang kami mahukan,” katanya yang melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here