Kedah enggan tewas lagi

0
53



Alor Setar: Persiapan mental dan fizikal ditagih jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe untuk pasukannya memburu kemenangan bertemu pasukan Perak dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, malam ini.

Tidak mahu terus menerima kekalahan selepas dua kali tewas sebelum ini, beliau mahu semua pemain mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal dalam misi mencari tiga mata di tempat lawan.

“Saya harap pemain buktikan kebangkitan Kedah dalam perlawanan kali ini dan kami perlu bersedia dengan kekuatan mental dan fizikal.

“Walaupun Kedah mengharungi perlawanan penting di separuh akhir Piala FA bertemu Terengganu Ahad ini, fokus kami untuk menang di Perak supaya kedudukan di tangga ketiga liga tidak tergugat.

“Biar kami fokuskan perlawanan dengan Perak ini dahulu sebelum mengatur startegi seterusnya bertemu Terengganu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2017 @ 8:14 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here