Kedah gagal menyengat

0
226
Advertisement



 

ALOR SETAR: Kedah kempunan meraih mata penuh apabila sekadar seri 0-0 berdepan Kelantan pada aksi Kumpulan C  Piala Malaysia di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Keputusan ini jelas mengecewakan Kedah yang mahu mencari tiga mata awal dengan kelebihan beraksi di laman sendiri.

Kedah memperoleh peluang menerusi sepakan percuma seawal minit pertama hasil cubaan pemain import Sandro Da Silva namun melepasi palang gol Kelantan.

Selang enam minit kemudian, Kedah sekali lagi mendapat peluang menerusi Akram Mahinan yang membuat kuisan hasil dari hantaran pantas Hidhir Idris dari sebelah kanan namun berjaya ditepis penjaga gol, Faridzuean Kamaruddin.

Kelantan cuba bangkit dengan sepakan percuma Syafiq Shaharudin pada minit ke-14 tetapi penjaga gol Kedah, Ramdhan Hamid lebih bersedia dengan menepis bola keluar.

Kedah terus berusaha memburu gol hingga penghujung separuh masa pertama menerusi Akram Mahinan, Sandro Da Silva dan juga Andik Vermasyah yang dimasukkan pada hujung babak pertama tetapi masih buntu menghasilkan gol.

Bermula babak kedua perlawanan, Kedah terus memperkukuhkan jentera serangan dengan memasukkan  penyerang utama, Paulo Rangel dan Syazwan Zainon dengan Rangel hampir menghadiahkan gol untuk Kedah pada minit ke-71 namun peluang terhidang itu dilepaskan begitu saja.

Lima minit kemudian, Christianon Marcolino hampir membolosi pintu gol Kedah namun percubaannya melepasi palang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here