Kedah perlu cari tonik segera

0
428
Advertisement



KELAB penyokong Peminat Bolasepak Kedah (PBK) yakin hanya dengan kemenangan keatas PKNP FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman pada Ahad ini mampu menjadi ‘ubat’ kekecewaan Kedah yang kempunan dalam usaha untuk mencapai kedudukan tangga ke-2 musim ini.

Malah kemenangan itu juga mampu menyemarakkan semangat pemain Kedah untuk memulakan langkah lebih bersemangat dalam saingan Piala Malaysia yang dijadualkan pada awal bulan Ogos ini.

Presiden PBK, Ahmad Fazli Mansor berkata, walaupun impian tidak kesampaian, beliau yakin Lang Merah mampu sekurang kurangnya berada dalam kelompok lima terbaik musim ini.

“Kita dapat lihat aksi beberapa pemain muda seperti Akhyar Rashis, Ariff Farhan, Hidhir Idris, Fadzrul Danel, Zafuan Azeman, Norfiqrie Abdul Talib, Akmal Azmi dan lain lain yang beraksi begitu bersemangat dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Mereka nampak lebih bersedia untuk bangkit bersama pemain senior dalam usaha memburu kemenangan dalam perlawanan terakhir di Stadium Darul Aman,” kata Ahmad Fazli.

Menurutnya, kemenangan yang dicari pada perlawanan terakhir itu juga akan menjadi pencetus kebangkitan semangat baharu untuk persiapan Kedah bagi menghadapi musim Piala Malaysia yang akan bermula pada bulan hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here