Kedah perlu 'resipi' mantap

0
234
Advertisement



ALOR SETAR: Bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah berharap Kedah beraksi dengan percaturan mantap bagi mengharungi saingan dalam kempen Piala Malaysia yang akan membuka tirainya Sabtu ini.

Beliau yang pernah membawa pasukan Kedah ke kemuncak era ‘double treble’ 2007/2008 berkata ‘resipi’ terbaik diperlukan kerana laluan Kedah agak getir dalam kumpulan C bersama juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Kelantan dan MISC-MIFA.

Kedah akan memulakan aksi pertama Piala Malaysia menentang Kelantan di Stadium Darul Aman, manakala JDT menentang MIFA di Larkin, Ahad ini

“Kedah dilihat berpeluang sebagai naib juara kumpulan C namun itu bukanlah satu jaminan dan sebelum itu, perlu lebih berhati hati kerana Kelantan juga mahu terus membuktikan kebangkitan mereka selepas jatuh ke liga perdana dan pernah bangkit menewaskan Kedah sebelum ini.”

“MIFC-MIFA pula selepas layak ke Piala Malaysia sudah tentu motivasi mereka kian melonjak unntuk mencapai tahap yang terbaik dari segi rekod..itu yg perlu Kedah berhati hati dari segi percaturan.”

“Kedah harus terus fokus dan bangkit dengan penuh semangat untuk melepasi kedudukan dua pasukan terbaik dan persiapan untuk layak ke peringkat suku akhir adalah keutamaan sebelum sampai ke sasaran paling tinggi iaitu ke final.”

Azraai yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Kedah (KEFA) melahirkan keyakinan selepas Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengadakan perjumpaan dengan pemain dan jurulatih skuad Lang Merah sambil memberi kata kata semangat serta menyuntik motivasi menjelang aksi sulung Piala Malaysia Ahad ini.

“Pengurusan, jurulatih dan pemain harus bersatu memainkan peranan mereka dan lupakan perkara lepas mengenai prestasi yang kurang menyerlah dalam liga dan paling penting mulakan tumpuan kepada aspek mengumpulkan kembali pemain yang akan beraksi nanti.”

“Pemain import yang tidak dapat beraksi sebelum ini seperti Paulo Rangel, Liridon Krasniqi dan Andik Vermansyah harus kembali bersedia dengan percaturan dan pendekatan baharu bagi memperkuatkan pasukan. Termasuk juga pemain muda yang beraksi dengan baik dalam beberapa perlawanan sebelum ini.”

“Sebagai finalis tiga kali berturut turut sejak 2015, Kedah telah mewarnai suasana Piala Malaysia dengan begitu gah sekali dan dengan itu pasukan ini harus bersedia dengan perancangan terbaik pada kempen kali ini.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here